Selamat Hari Ibu kepada semua ibu² di dunia ini. Semoga ibu² semua lebih gigih, lebih kuat semangat dan lebih cekal dalam menempuh apa jua cabaran dan rintangan yang dihadapi. Sempena hari ibu ini apa kata kita buat something untuk ibu kita walaupun ia tak seberapa tapi value dia amat tinggi sehingga tak ternilai harganya... Ya Allah!! Berikanlah ibuku kesihatan yang berpanjangan, kebahagian di dunia dan di akhirat dan yang paling penting berikanlah ibuku kerahmatan hidup sepanjang hayatnya...Amin Ya Rabbalalamin....
ok..kat sini saya akan terangkan sedikit cara untuk buat kraf yang simple untuk insan yang bernama IBU...
Paper Plate Mother's Day Card
Bahan Yang Diperlukan
1. Pinggan Kertas
2. Kertas Warna @ Construction Paper (any colours dan kalau boleh biarlah yang light colour)
3. Marker pen
4. Pen @ Pensel
5. Gunting
6. Gam
Kaedah @ Method:-
1. Lipat pinggan kertas menjadikan ianya separuh. Lipatkan sehelai kertas warna berwarna biru menjadikan ianya separuh juga sama saiz dengan pinggan kertas. Tekap bentuk lengkungan pinggan kertas itu keatas kertas biru tersebut.
2. Lukis bentuk seperti hati ke, bunga ke, daun ke diatas kertas warna yang berlainan warna. Kalau nak tulis IBU, mak, mom lukis tiga shj, kalau mama, emak, amma lukis 4 bentuk. Gunting bentuk tersebut. (Kalau nak buat bentuk macam yang atas tue kena buat batang bunga atas kertas warna hijau). Pastue gamkan bentuk tadi ke atas pinggan kertas tersebut.
3. Gunakan pen maker dan tulis atas bentuk tadi setiap satu huruf satu bentuk.
4. Ambil kertas biru yang kita lukis lengkungan tadi dan lukis sepanjang lengkungan tue corak macam yang kat bawah nie. Kemudian gunting kan ia.
5. Tampalkan ia di sekeliling pinggan kertas tadi. Depan dan belakang. Gamkan juga tengah² pinggan tersebut.
♥♥♥♥ Selamat Hari Ibu!! ♥♥♥♥
♥♥ 9 MAY 2010 ♥♥