Selasa, Mei 15, 2012





 
Video PPAPP ke Bengkel Cameron Highland.


Di Perbadanan Perpustakaan Awam Pulau Pinang terdapat banyak kemudahan dan perkhidmatan yang disediakan.Semoga anda semua teruja menjadi ahli perpustakaan negeri Pulau Pinang.

Latihan Asas Membina Blog di PPAPP

Perpustakaan ditutup hari ini ( 15 Mei 2012 - Hari Selasa ) kerana Pembantu Perpustakaan menghadiri Kursus Asas Membina Blog di Bilik Latihan PPAPP. Selamat Menimba Ilmu Dengan Cikgu Izat, Cikgu Fit, Cikgu Wazi dan ramai lagi...

 
PERTANDINGAN MEWARNA 


 IBUBAPA YANG SETIA MENUNGGU ANAK² 

Terima kasih diucapkan kepada seluruh komuniti Sungai Dua kerana bersama-sama menjayakan Program Mesra Rakyat Bersama Komuniti Sungai Dua anjuran JKKK Sungai Dua. Seramai 116 orang kanak-kanak berumur 5 - 9 tahun telah menyertai Pertandingan Mewarna.



Jumaat, Ogos 05, 2011

Apa Itu Disleksia???

Disleksia merupakan satu gangguan dalam pembelajaran yang dialami oleh kanak-kanak dan boleh berlanjutan sehingga kanak-kanak itu dewasa. Disleksia bukanlah sejenis penyakit. Disleksia adalah merujuk kepada masalah membaca dan menulis. Kebiasaanya gangguan ini adalah seperti gangguan membaca, menulis, mengeja dan kemahiran mengira walaupun mempunyai pemikiran yang normal.

Mereka yang mengidap Disleksia tidak dianggap bodoh tetapi mengalami gangguan pembelajaran dan boleh dipulihkan jika diberi tindakan yang sewajarnya.
Sesetengah penghidap Disleksia mempunyai masalah untuk menyebut perkataan yang panjang dan kesukaran untuk mengikut turutan perkataan seperti nama bulan dan sifir.

Ciri-ciri penghidap Disleksia:-

  • Penghidap gangguan ini dapat dikesan pada peringkat awal persekolahan
  • Selalunya penghidap akan menghadapi masalah pembacaan yang lambat dan mempunyai tulisan yang kurang kemas
  • Penghidap suka mengurang atau menambah sendiri perkataan ketika sedang membaca
  • Mengalami kekeliruan ketika membaca seperti huruf "p" dianggap "q" dan hurf "b" dianggap "d".
  • Perhatian mudah terganggu atau gagal untuk menghabiskan sesuatu kerja hingga habis
  • Cenderung menjadi seorang yang impulsif atau sering mengikut perasaan sendiri tanpa memikirkan orang lain.
  • Sering berlaku di kalangan lelaki.
  • Kerap berlaku di kalangan pasangan kembar, kanak-kanak yang lahir tidak cukup bulan, anak-anak yang lahir daripada ibu yang sudah berumur, dan kanak-kanak yang pernah mengalami kecederaan pada kepala.


Punca berlakunya gangguan Disleksia:-
  • Disleksia dipercayai berpunca daripada cara otak itu memproses. Cara otak penghidap Disleksia dengan otak orang normal bekerja adalah berbeza. Ia mungkin disebabkan oleh kecacatan otak semasa dalam kandungan ataupun ianya datang dari kemalangan.
  • Selain itu, kemungkinan besar penghidap Disleksia berpunca daripada keturunan penghidap itu sendiri. Menurut kajian, sebilangan besar penghidap Disleksia adalah dari latar belakang yang mempunyai gangguan yang sama.
Rawatan yang sesuai untuk pesakit Disleksia:-

Disleksia hanya dapat dikesan apabila beberapa ujian dilakukan ke atas pesakit di bawah pengendalian ahli psikologi atau guru khas disleksia. Penyakit ini boleh dirawat tetapi tidak boleh diubati. Penghidap disleksia lazimnya akan diberi rawatan secara terapi untuk meningkatkan kemahiran linguistik, berfikir, dan sosial. Jangan risau...setiap penyakit itu ada rawatannya.....

Sabtu, Jun 11, 2011

CERAMAH SOCIAL MEDIA : ITS PLEASURES, PERILS, PITFALLS


Media sosial adalah salah satu medium yang paling popular ketika ini antaranya facebook, blog, twitter dan Youtube antara yang biasa diguna dan didengari. Bagaimanapun, adakah ia selamat kerana maklumat diri disebarluas menerusi media sosial diatas???Menerusi ceramah ini, media sosial akan dikupas dari pelbagai aspek baik dari segi kebaikan mahupun keburukan serta ancaman dalam penyalahgunaanmedia sosial.

 Sesiapa yang berminat, sila hubungi kaunter utama PPAPP 04-3902387 untuk memberi nama. Minum petang turut disediakan.




Jumaat, Jun 03, 2011

PROGRAM KOMUNITI SUNGAI DUA BERSAMA JKKK SUNGAI DUA DAN PERBADANAN PERPUSTAKAAN AWAM PULAU PINANG.

PERTANDINGAN MEWARNA DALAM DEWAN JKKK

PERTANDINGAN BIJAK AKAL DALAM PERPUSTAKAAN

PROMOSI AMBANK SUNGAI DUA

PENGUNJUNG YANG HADIR

PESERTA KERUSI BERIRAMA WANITA

PESERTA KERUSI BERIRAMA LELAKI

PESERTA YANG PALING GAGAH

PENERIMA CABUTAN BERTUAH

EN.MD FAHMI BIN ABDUL WAHAB, PENYELARAS ADUN SUNGAI DUA
DAN PAK YA PENGERUSI JKKK SUNGAI DUA

PEMENANG MENANG DAPAT HADIAH BEST!!!

PENGACARA YANG TERHEBAT DI ERA INI!!

EN. JOHARI SELAKU PENGERUSI PROGRAM INI

BEBERAPA AKTIVITI TELAH DIJALANKAN SEPANJANG PROGRAM SEPERTI PERTANDINGAN MEWARNA, PERTANDINGAN BIJAK AKAL, KERUSI BERIRAMA DAN KUPAS EPAL TANPA PUTUS. PROGRAM BERMULA JAM 9.00 PAGI - 01.00 TGH HARI PADA 28 MEI 2011.
 TERIMA KASIH KEPADA PIHAK PERBADANAN PERPUSTAKAAN AWAM PULAU PINANG TERUTAMANYA PUAN SHUKRIAH, PUAN SHARIMAH, CIK NORMA, PUAN. AZIZAH, PUAN SABRINA, KAK BARIAH, MARTIN, KAK LELA KAMPUNG KOTA, KAK MAZIAH PEKAN DARAT, KAK LIZA LAHAR MINYAK, KAK AMY TELUK AIR TAWAR, ABG ZAMRI, MAWARDI, FARHAN, HALIM BTM SERTA ADIK² PRAKTIKAL YANG BANYAK SUSAH PAYAH BAGI MENJAYAKAN PROGRAM NIE. TANPA KAMU SEMUA PASTI PROGRAM INI TIDAK BERJAYA SEPERTI YANG DIHARAPKAN. WALAUPUN BANYAK DUGAAN DAN CABARAN YANG DITEMPUH, ALHAMDULILLAH SEMUANYA DAPAT BERJALAN DENGAN BAIK.

TERIMA KASIH JUGAK KEPADA SEMUA PESERTA DAN CIKGU-CIKGU SEKOLAH YANG SUDI MELAPANGKAN WAKTU UNTUK BERSAMA KAMI BAGI MENJAYAKAN PROGRAM INI. TIDAK LUPA JUGA TERIMA KASIH DIUCAPKAN KEPADA IBU BAPA YANG SUDI MELUANGKAN WAKTU BERSAMA KAMI. BIARPUN BANYAK KEKURANGAN SEPANJANG PROGRAM BERJALAN DAN SUDAH PASTINYA KAMI PIHAK PPAPP DAN JKKK SUNGAI DUA AKAN MEMBAIKINYA PADA MASA AKAN DATANG. TERIMA KASIH BANYAK² SEMUA....

Jumaat, Mac 11, 2011

PROGRAM CUTI SEKOLAH DI PDSI SUNGAI DUA MAC 2011

CUTI SEKOLAH KEMBALI LAGI...
PASTI SEMUA ADA RANCANGAN MASING²KAN....PDSI SUNGAI DUA JUGA ADA RANCANGAN TERSENDIRI DIMANA BEBERAPA AKTIVITI AKAN DIADAKAN DI PERPUSTAKAAN SUNGAI DUA BAGI MELENGKAPKAN CUTI SEKOLAH ANDA...ADA HADIAH MENARIK MENANTI ANDA..WALAU TAK HEBAT TAPI BOLEHLAH..SUKA²...
BEBERAPA AKTIVITI AKAN DIADAKAN SEPERTI:-


1. 15 MAC 2011 - PERTANDINGAN CONGKAK 


2. 16 MAC 2011 - MARI BERCERITA CERITA TELADAN


3. 17 MAC 2011 - JEJAK MAKLUMAT BERKUMPULAN


4. 18 MAC 2011 - MARI MEWARNA SPONGEBOB SQUAREPANTS


5. 19 MAC 2011 - ANYAMAN TIKAR


JADI....CUTI SEKOLAH NIE RAMAI²LAH DTG KE PEPRUSTAKAAN DAN ANGGAPLAH PERPUSTAKAAN RUMAH KEDUA ANDA.......SELAMAT DATANG SEMUA!!!


NAK DOWNLOAD IKLAN PROGRAM CUTI SEKOLAH TERSEBUT BOLEHLAH DOWNLOAD DISINI http://www.4shared.com/file/9TwocR0O/PROGRAM_CUTI_SEKOLAH_MAC_2011.html

PERADUAN PEMBACA TERBANYAK BULAN MAC 2011

MEMANDANGKAN RAMAI PENGGUNA PDSI SUNGAI DUA MENCADANGKAN AGAR DIADAKAN PERADUAN PEMBACA TERBANYAK, DIRA TERFIKIR UNTUK CUBA MENJALANKAN PERADUAN INI BERMULA BULAN MAC NI. JADI, PERADUAN INI TERBUKA SEMUA PENGGUNA PERPUSTAKAAN SUNGAI DUA. IANYA BERMULA 01 MAC 2011 - 31 MAC 2011.....JADI, JANGAN TUNGGU LAGI...DATANGLAH BERAMAI² KE PERPUSTAKAAN SUNGAI DUA. BORANG PENDAFTARAN BOLEH AMBIL PADA DIRA MULAI SEKARANG....JGN TUNGGU LAGI.....KALAU NAK DOWNLOAD BORANG PUN BOLEH..JGN MEMALU....
http://www.4shared.com/file/ULWCvsOD/PERADUAN_PEMBACA_TERBANYAK_MAC.html

Khamis, Februari 17, 2011

PENANG INTERNATIONAL HALAL EXPO


DIJEMPUT SEMUA HADIR KE PENANG INTERNATIONAL HALAL EXPO PADA 25 - 27 FEBUARI 2011 DARI JAM 11.00 PAGI - 8.00 MALAM DI PISA. HALALAN TOYYIBA!!!!

Khamis, Januari 06, 2011

PENYELENGGARAAN PDSI SUNGAI DUA BARU² NIE...






                        


 


Alhamdulillah..semua dah selesai..Terima kasih yang tak terhingga kepada JKKK Sungai Dua dengan kerjasama En. Johari dan En.Rosli, permohonan saya untuk mendapatkan sumbangan cat diluluskan. JKKK pun dah mai tgk..depa pun suka, lega rasanya...siap bagi duit extra lagi kot² nak buat apa²...Alhamdulillah...Terima kasih jugak kepada Pn. Sharimah kerana memberi kebenaran kepada staf bergerak membantu mengecat library ni terutamanya brother² bergerak Abg Zam, Abg Zizi & Mail..terima kasih banyak yer..nnt klu mintak tolong, boleh tolong lagi..tak lupa jugak terima kasih yg tak terhingga kepada Shafiq, Shamil, Alif dan kengkawan kamu yang lain kerana banyak membantu Kak Dira selama proses mengecat nie..Jasa baik kalian semua tidak terbalas..diharap dengan wajah baru ini dengan tahun baru nie dapat menarik minat ramai lagi penduduk Sungai Dua ini untuk terus dan terus melangkah ke PDSI Sungai Dua ini....

Khamis, Disember 02, 2010

PESTA PULAU PINANG 2010 KEMBALI SEMULA






LAH..PEJAM CELIK..PEJAM CELIK...DAH MAI BALIK PESTA PENANG NI NOO...
SAT JA DAH SETAHUN..RASANYA MACAM BARU JA PI HARI TUE..
MASA BERLALU BEGITU PANTAS...

APAPUN, JOM MAI PENANG KITA PI PESTA PENANG....
MULAI 1 DISEMBER 2010 - 2 JANUARI 2011
JAM 6.00 PETANG - 11.30 MALAM
DI TAPAK PESTA SUNGAI NIBONG, PULAU PINANG.
HARGA TIKET DEWASA RM3.00 KANAK² RM1.00....BERBALOI...MEMANG BERBALOI BALOI...JANGAN LUPA KAY DATANG RAMAI²....

SELAMAT MENYAMBUT MAAL HIJRAH 1433

SELAMAT MENYAMBUT MAAL HIJRAH @ 1 MUHARRAM 1433 PADA 7 DISEMBER 2010 INI.....SEHUBUNGAN ITU, PDSI SUNGAI DUA JUGA AKAN DITUTUP DAN DIBUKA SEMULA PADA HARI RABU SEPERTI BIASA.

SEMOGA KEDATANGAN AWAL MUHARRAM INI MENAMATKAN SEMUA AZAM 1432 HIJRAH DAN KITA BANGKIT DENGAN AZAM 1433 HIJRAH YANG BARU..KEPADA YANG MASIH BELUM SEMPAT MELAKSANAKAN AZAM TAHUN YANG LEPAS..TIDAK MENGAPA...TERUSKAN DI TAHUN INI SEHINGGA BERJAYA...APAPUN

"SELAMAT MENYAMBUT MAAL HIJRAH 1433"

Selasa, Ogos 03, 2010

PERTANDINGAN MEWARNA KANAK-KANAK DI SUNWAY KARNIVAL SEMPENA SAMBUTAN HARI MERDEKA




Terima kasih kepada 11 orang adik² yang ikut kak dira hari  Ahad hari tue dan terima kasih jugak kepada ibu² dan ayah² yang sudi membawa anak² ini pergi dan pulang dari pertandingan mewarna ini...Tapi memang seronok tgk budak² ramai kat Sunway Carnival hari tue...memandangkan kecekapan dan pengalaman yang banyak dari semua staff PPAPP, sepanjang acara berlangsung diharap semuanya berjalan dengan baik dan lancar. Walaupun, adik² tak menang.....takpa....yang penting pengalaman bersaing dengan rakan² tue yang penting...apapun....terima kasih semua......

XTVT 24 JULAI 2010 - " TELEFON ROSAK "



kena denda sebab tak dengar cakap :p

Aktiviti kali nie memang menyeronokkan. Geli hati pun ada...lain yang kita cakap lain pulak yang disampaikannya... macam-macam ragam....dari sini kita boleh tahu seseorang nie mudah lupa @ tidak....apapun...memang fun!!!apapun thank you adik²...lain kali kak dira akan buat lagi xtvt yang lebih enjoy dan having fun lagi.....jgn lupa join pulak!!!

Sabtu, Julai 24, 2010

BUKU - BUKU BARU DALAM EDARAN DI PDSI SUNGAI DUA





Jumaat, Julai 23, 2010

SAMBUTAN HARI KEMERDEKAAN 2010 ANJURAN PERBADANAN PERPUSTAKAAN AWAM PULAU PINANG






MARI RAMAI - RAMAI SERTAINYA!!!!

Memandangkan bulan depan (Bulan Ogos) adalah "Bulan Kemerdekaan", pihak Perbadanan Perpustakaan Awam Pulau Pinang akan mengadakan Sambutan Hari Kemerdakaan yang begitu meriah kerana ianya disi dengan pelbagai acara-acara yang sangat menarik. Borang penyertaan bolehlah didapati di Perbadanan Perpustakaan Awam Pulau Pinang, Seberang Jaya atau di perpustakaan yang berhampiran dengan anda. Kalau di Sungai Dua, boleh datang sendiri ke Perpustakaan Desa Siber Ilmu Sungai Dua...Jangan lupa daftarlah beramai-ramai bagi memeriahkan Sambutan Kemerdekaan Malaysia 2010 yang ke-53 anjuran Perbadanan Perpustakaan Awam Pulau Pinang.

~~1MALAYSIA MENJANA TRANSFORMASI~~

Rabu, Jun 30, 2010

EKSPO JUALAN DI DESA MURNI SUNGAI DUA, BUTTERWORTH PULAU PINANG


 ****gambar sekadar hiasan***


Sekarang di Desa Murni Sungai Dua sedang berlangsungnya Ekspo Jualan yang menjanjikan pelbagai barangan keperluan harian yang sangat menarik dan murah harganya. Jualan seperti tudung, blouse, T-Shirt, seluar, barang perhiasan, barang keperluan dan sebagainya sangat murah dan cantik² belaka....Jika ada kelapangan bolehlah singgah di ekspo ini dan membeli-belah disini. Ekspo ni tak tahu pulak habis sampai bila...nnt klu dah tahu, saya update lain. Selamat Membeli-Belah...

BELILAH BARANGAN BUATAN MALAYSIA....KALAU BUKAN KITA SIAPA LAGI!!!


Template by:

Free Blog Templates