SEJARAH PDSI SUNGAI DUA

Kawasan Sungai Dua merupakan kawasan komuniti yang meliputi pelbagai etnik di mana mempunyai penduduk tetap yang merangkumi 85% berbangsa Melayu, 14% berbangsa Cina dan 1% berbangsa India. Penduduk Melayu kebanyakan tinggal di kawasan kampung-kampung dan taman-taman dan manakala penduduk berbangsa Cina dan India tinggal bertaburan di sekitar Kawasan Pekan Sungai Dua. JKKK Kawasan Sungai Dua mengatakan bahawa sebelum Perang Dunia Kedua asal nama Sungai Dua ialah Aur Gading yang membawa maksud Buluh Gading. Bagaimanapun selepas Jepun menyerah kalah, Aur Gading ditukar kepada Sungai Dua. Nama Sungai Dua difahamkan diberi kerana pada masa itu terdapat dua cabang sungai yang airnya melalui Sungai Prai.


Sungai Dua terletak di Daerah Seberang Perai Utara yang secara awalnya adalah penempatan pekan kecil dan kurang terancang. Ada di antara penduduk di sini yang sudah menetap lebih dari 60 tahun di kawasan Sungai Dua yang terdiri dari Kampung Pangkalan Machang, Merbau Kudung, Guar Kepayang dan beberapa kampung kecil yang lain. Beberapa kawasan perumahan seperti Taman Desa Murni, Taman Merbau Indah, Taman Sungai Dua Utama & Taman Seri Murni telah dibina.. Langkah kerajaan ini juga telah merangkumi pembinaan kawasan perumahan yang lebih teratur.

Secara amnya, penduduk tetap Kawasan Sungai Dua adalah berpendapatan sederhana dan ada di antara mereka bekerja sebagai operator kilang, peniaga runcit, pesawah padi dan kakitangan di sektor awam dan swasta. Mengikut bancian penduduk yang dijalankan berdasarkan jumlah pengundi, Sungai Dua mempunyai jumlah penduduk seramai 30,000 orang.

PERPUSTAKAAN DESA SIBER ILMU SUNGAI DUA TELAH DITUBUHKAN PADA TAHUN 1996. LEBIH KURANG 14 TAHUN. SEMENJAKSEKIAN LAMA, MEMANG DISINILAH DIDEWAN JKKK SUNGAI DUA INI PERPUSTAKAAN BEROPERASI. TERIMA KASIH KEPADA JKKK SUNGAI DUA.

SEHINGGA PENGHUJUNG TAHUN 2009, SERAMAI 2590 AHLI TELAH BERDAFTAR DI PDSI SUNGAI DUA. TERIMA KASIH DIUCAPKAN...



                                                                                                                                 

0 komen:

Catat Ulasan

Template by:

Free Blog Templates