Khamis, April 01, 2010

PELANCARAN PROGRAM PENGHARGAAN WARGA EMAS KERAJAAN NEGERI PULAU PINANG PERINGKAT DUN SUNGAI DUA.

Pada 31.3.2010 JKKK Sungai Dua telah mengadakan satu PELANCARAN PROGRAM PENGHARGAAN WARGA EMAS KERAJAAN NEGERI PULAU PINANG PERINGKAT DUN SUNGAI DUA yang diadakan di perkarangan Dewan JKKK Sungai Dua. Program ini bertujuan untuk menyampaikan sedikit sumbangan dari Kerajaan Negeri Pulau Pinang kepada warga emas di Dun Sungai Dua tanpa mengira agama & bangsa. Seramai 100 orang warga emas telah menerima sumbangan yang tak seberapa tapi amatlah berharga iaitu RM100.00 setiap seorang.
Dikesempatan itu juga, saya telah memohon kepada pengacara majlis untuk membuat pengumuman bahawasanya di Dewan JKKK Sungai Dua ini terdapatnya satu gedung ilmu iaitu Perpustakaan Desa Siber Ilmu Sungai Dua. Selain daripada itu, saya juga telah mengedarkan flyers kepada semua tetamu yang hadir. Kerjasama yang diberikan oleh JKKK Sungai Dua dan urusetia program yang lain amatlah saya hargai dan ribuan terima kasih diucapkan....

BERGAMBAR BERSAMA JKKK SUNGAI DUA

DIANTARA WARGA EMAS WANITA YANG MENDAPAT SUMBANGAN

DIANTARA WARGAEMAS LELAKI YANG MENDAPAT SUMBANGAN

SEDANG MENJAMU SELERA

PENGERUSI JKKK SUNGAI DUA MENYERAHKAN SUMBANGAN
PENGERUSI MAJLIS MENYAMPAIKAN SUMBANGAN

0 komen:

Catat Ulasan

Template by:

Free Blog Templates