Pada 30.3.2010 PDSI Sungai Dua telah mengadakan satu promosi perpustakaan di Klinik Kesihatan Sungai Dua dari jam 8.00 pagi - 1.00 petang. Promosi berjalan dengan lancar kerana dgn kehadiran rakan² yang sudi membantu Dira sepanjang promosi di sini...
Terima Kasih diucapkan kepada Pn. Faudziah selaku pegawai pemantau Dira kerana banyak membantu Dira dari awal permohonan promosi sehinggalah ke akhir promosi. Tak lupa juga kepada rakan² yang membantu sepanjang promosi; Kak Lela PDSI Kampung Kota, Kak Maziah PDSI Pekan Darat & Kak Amy PDSI Teluk Air Tawar. Tanpa anda semua pasti promosi ini tidak dapat dijalankan dengan baik.
Sepanjang promosi seramai 44 orang telah berdaftar menjadi ahli perpustakaan dan buku Satu Bayi Satu Buku (SBSB) telah terjual sebanyak 4 naskah.
Kami sangat-sangat berterima kasih kepada pihak PEJABAT KESIHATAN SEBERANG PERAI UTARA & KLINIK KESIHATAN SUNGAI DUA kerana memberi kerjasama yang teramat baik kepada kami terutamanya DR.NORAYA, SISTER ROBEAH dan semua kakitangan KK Sungai Dua. InsyaAllah...tahun depan kami akan datang lagi...
0 komen:
Catat Ulasan