Selasa, Mac 09, 2010

KONVENSYEN KEPIMPINAN WANITA PULAU PINANG 2010

Banner konvensyen
Sebahagian peserta yang hadir.
Dari kiri, YB Lydia Ong (Exco Belia dan sukan, Pembangunan Wanita, Keluarga dan Komuniti),
Dr. Mansor Bin Othman ( Timbalan Ketua Menteri 1, Pulau Pinang) & YB Zuraida Binti Kamaruddin (Ahli Parlimen Ampang & Pengerusi WIRDA Malaysia)
Dr. Mansor Bin Othman menerima cenderahati dari syarikat BLI Holdings Sdn. Bhd
Dr. Irene Fernandez; aktivis wanita suatu masa dahulu.

Isteri TKM 1 memberi ucapan penangguhan Dato' Seri Wan Azizah Binti Dato' Wan Ismail
Bergambar bersama isteri TKM 1

Konvensyen Kepimpinan Wanita Pulau Pinang 2010 telah diadakan di Dewan Townhall MPPP, Pulau Pinang pada 7 Mac 2010 dari jam 10.00 pagi - 6.00 petang. Konvensyen ini dianjurkan oleh Pertubuhan Wanita Prihatin, WIRDA, WATAMI dan Kerajaan Negeri Pulau Pinang sempena Hari Wanita Sedunia yang disambut pada 8 Mac setiap tahun. Sempena Hari Wanita Sedunia ini, Kerajaan Negeri Pulau Pinang telah merancang pelbagai acara sepanjang bulan Mac 2010 ini. Diantaranya:-

1. Majlis Pelancaran Kempen Kesedaran & Keselamatan Wanita Dan Komuniti
    Tarikh : 13 Mac 2010 (Hari Sabtu)
    Masa : 7.30 malam - 10.30 malam
    Tempat Autocity, Shop in D'Park, Juru, Pulau Pinang.
   (Untuk Maklumat Lanjut hubungi Mr. Kenny Ng di 012-4289501)

2. Workshop Keusahawanan & Pelaburan Untuk Wanita & Beliawanis
     Tarikh : 14 Mac 2010 (Hari Ahad)
     Masa : 9.00 pagi - 6.00 petang
     Tempat : Sunway Carnival Convention Hall
                   TKT 4, Sunway Carnival Perai.
    (Untuk keterangan lanjut sila hubungi Pn. Ong Joo Lee di 012-4252528 @ En. Henrich di 012-4210175)

3. Aktiviti Senaman Yoga Ke Arah Hidup Sihat dan Harmoni Oleh Arts Of Living
    Tarikh : 21 Mac 2010 (Hari Ahad)
    Masa : 6.00 pagi - 9.00 pagi
    Tempat : Taman Perbandaran MPPP Persiaran Kuari (Youth Park)
   (Untuk keterangan lanjut sila hubungi En. Tan Boon Yang di 012-4780216)

UNTUK PERHATIAN, KEPADA SESIAPA YANG INGIN MENJADI AHLI PERTUBUHAN WANITA PRIHATIN, BOLEH AMBIL BORANG PADA SAYA, WAN ADIRA @ HUBUNGI SAYA DI 013-4388771. YURAN TAHUNAN RM10.00, YURAN PENDAFTARAN RM2.00 DAN DUIT PROSES RM2.00. JUMLAH RM14.00 BERSERTA SEKEPING GAMBAR UNTUK DIBUAT KAD AHLI.
 

2 komen:

NaTasHA berkata...

salam...cek nah ni..amboih sakan hang...tak cite kat kami awai-2...nak tanya pa kelebihan jadi ahli Pertuubuhan Wanita tuuu...sama gak ka gan PUSPANITA ka lain....bes gak...

Dira Adira berkata...

lah...dira tau pun dah lewat...hari sabtu baru tau.....kelebihan jadi ahli Pertubuhan Wanita Prihatin nie takderlah apa sgt....dia lebih kepada kerja² amal.....klu ada rombongan ka kerja amal kat umah org tua² ka depa akan bagitau....kita boleh joinlah....Pertubuhan Wanita Prihatin ni lebih kepada membantu orang tua²...anak² yatim dsb....PUSPANITA lain....

Catat Ulasan

Template by:

Free Blog Templates