Rabu, April 28, 2010

SeLaMaT HaRi IBU KePaDa SeMua IBU, MAMA, EMAK, MAK, MUMMY, AMMA...

Selamat Hari Ibu kepada semua ibu² di dunia ini. Semoga ibu² semua lebih gigih, lebih kuat semangat dan lebih cekal dalam menempuh apa jua cabaran dan rintangan yang dihadapi. Sempena hari ibu ini apa kata kita buat something untuk ibu kita walaupun ia tak seberapa tapi value dia amat tinggi sehingga tak ternilai harganya... Ya Allah!! Berikanlah ibuku kesihatan yang berpanjangan, kebahagian di dunia dan di akhirat dan yang paling penting berikanlah ibuku kerahmatan hidup sepanjang hayatnya...Amin Ya Rabbalalamin....
ok..kat sini saya akan terangkan sedikit cara untuk buat kraf yang simple untuk insan yang bernama IBU...

                                          Paper Plate Mother's Day Card
Bahan Yang Diperlukan                                                                 
1. Pinggan Kertas
2. Kertas Warna @ Construction Paper (any colours dan kalau boleh biarlah yang light colour)
3. Marker pen
4. Pen @ Pensel
5. Gunting
6. Gam
Kaedah @ Method:-
1. Lipat pinggan kertas menjadikan ianya separuh. Lipatkan sehelai kertas warna berwarna biru menjadikan ianya separuh juga sama saiz dengan pinggan kertas. Tekap bentuk lengkungan pinggan kertas itu keatas kertas biru tersebut.
2. Lukis bentuk seperti hati ke, bunga ke, daun ke diatas kertas warna yang berlainan warna. Kalau nak tulis IBU, mak, mom lukis tiga shj, kalau mama, emak, amma lukis 4 bentuk. Gunting bentuk tersebut. (Kalau nak buat bentuk macam yang atas tue kena buat batang bunga atas kertas warna hijau). Pastue gamkan bentuk tadi ke atas pinggan kertas tersebut.
3. Gunakan pen maker dan tulis atas bentuk tadi setiap satu huruf satu bentuk.

4. Ambil kertas biru yang kita lukis lengkungan tadi dan lukis sepanjang lengkungan tue corak macam yang kat bawah nie. Kemudian gunting kan ia.
5. Tampalkan ia di sekeliling pinggan kertas tadi. Depan dan belakang. Gamkan juga tengah² pinggan tersebut.


Sekiranya nak lagi kraf² yang menarik dan mudah dibuat boleh cari di http://www.google.com/ atau di http://www.kaboose.com/
♥♥♥♥ Selamat Hari Ibu!! ♥♥♥♥
♥♥ 9 MAY 2010 ♥♥


Selasa, April 27, 2010

MAJLIS MENYAMBUT HARI LAHIR STAF PPAPP & PNM BAGI BULAN FEBUARI DAN MAC DI PERKARANGAN PPAPP





                                                      birthday girls women

Selamat Hari Lahir kepada semua staf PPAPP & PNM yang lahir pada bulan Febuari dan Mac..Semoga panjang umur dan dimurahkan rezeki. Semoga Allah memberkati setiap apa jua yang kalian lakukan. Terima kasih kepada semua yang terlibat dalam menjayakan majlis ini.









XTVT 24 APRIL 2010 - " MENYAMBUNG TITIK KE TITIK"





Xtvt kali ini ialah "Menyambung Titik Ke Titik"..seramai 28 orang peserta yang join xtvt kak dira kali nie.. Yang tak berkesempatan untuk join this xtvt boleh join lain kali setiap Hari Jumaat & Hari Sabtu....setiap bulan..jgn lupa join yer...

Jumaat, April 23, 2010

ROMBONGAN SKUAD PENANG KE EXAM SUBJEK JABATAN PADA 19 & 20 APRIL 2010




kepada semua rakan² seperjuangan kusekalian...diharap semuanya akan lulus dalam peperiksaan subjek jabatan nie walau ada yang kata akan datang utk tahun depan...buatlah persiapan untuk peperiksaan subjek utama pada bulan 8 nie... walaupun lambat lagi @ tak tahu lagi nama ada atau tidak, buatlah persiapan apa yang patut...jgn lupa semak nama 2 minggu sebelum 5 Ogos 2010 di website JPA...tak silap dira soalan ada 40 dan berbentuk objektif. Masa diberikan selama 1 jam. Bermakna 1 soalan 1 minit setengah. Buku Perintah Am & arahan pentadbiran serta PKPA boleh bawa masuk ke dewan. Pihak peperiksaan tidak menyediakannya. Kita kena bawak sendiri. Apapun doakanlah kejayaan sendiri & orang lain....
~~~Selamat Maju Jaya~~~

PESTA BUKU PULAU PINANG 2010 BERMULA 28 APRIL 2010 - 2 MEI 2010 DI DEWAN MILLENIUM KEPALA BATAS.


PESTA BUKU PULAU PINANG 2010 AKAN DIADAKAN DI DEWAN MILLENIUM KEPALA BATAS PADA 28 APRIL 2010 - 2 MEI 2010 BERMULA JAM 10.30 PAGI - 9.00 MALAM. JADI, JANGAN LEPASKAN PELUANG YANG AMAT BERHARGA INI KERANA TERDAPAT BANYAK BAHAN BACAAN DAN BAHAN PEMBELAJARAN YANG MURAH DAN BERPATUTAN HARGANYA SEHINGGA 70% POTONGAN DISKAUN YANG DIBERIKAN. JADI, APA TUNGGU LAGI...DATANGLAH BERAMAI-RAMAI KE PESTA BUKU PULAU PINANG 2010.

Rabu, April 21, 2010

XTVT 02 APRIL 2010 - " MARI MENDENGAR CERITA BERSAMA KAK DIRA"







DAH LEWAT UPLOAD XTVT NIE SBB TERLUPA...SELALUNYA KAK DIRA YANG DENGAR ADIK² SEMUA BERCERITA...TAPI KALI NIE KAK DIRA PULAK YANG BERCERITA UNTUK ADIK²...TERIMA KASIH SEBAB ADIK² SUDI MENDENGAR CERITA YANG KAK DIRA CERITAKAN HARI TUE YANG BERTAJUK "PENGORBANAN".

Jumaat, April 09, 2010

KURSUS DI INTURA, INTAN SUNGAI PETANI (KURSUS DESKTOP PRODUCTIVITY -WORD PROCESSING)

Kursus di INTAN kali nie memang best...rupanya banyak benda yang saya tak tahu mengenai Word 2007...last minute, jadi bidan terjun untuk MC penyerahan sijil...Apapun terima kasih kepada PPAPP dan INTAN sbb bagi peluang kepada saya untuk menjalani kursus dan menimba ilmu sepanjang kursus ini.
Sekiranya sesiapa yang inginkan sedikit nota mengenai Microsoft Word 2007, bolehlah emailkan kepada saya di pdsgdua@penanglib.gov.my / adira83@gmail.com...kalau nak nota Kursus Pengurusan Perhubungan Pelanggan pun boleh....tak salah kalau kita kongsikan ilmu yang sedikit nie kepada semua....begitulah ayat lecturer di INTURA....sememangnya tak lokek dengan ilmu yang mereka ada..
apapun...terima kasih kepada semua lecturer kursus yang saya attend seperti Puan Intan, Tuan Haji Azhar, Puan Habibah, Mr. Burn, Pn. Norsilawati dan Pn. Aishah yang sampai skrg kami masih lagi berhubung dlm facebook...Terima kasih juga kepada Puan Shukriah, Miss ooi, Pn. Faudziah dan semua yang memberi pelepasan kepada saya untuk menghadiri kursus² seperti ini....Thanks a lot......

Dengan rakan kursus sekaligus room mate kak Nik

During take 5
Kengkawan kursus
Bidan terjun as MC semasa penyerahan sijil 

Bersama Pn. Norsilawati selaku course lecturer dan En. Johari, Setiausaha Kursus

Mr.Burn....orang kuat BTM di INTURA

Template by:

Free Blog Templates